Tel / sms ~ 0.1.9.4.4.5.4.6.4.6

Tuesday

"Bagilaa i tgk..asyik u ja.."

"U dah tgk td...bglaa i plak..Dulu time awai2 kawin kata luv is sharing..care is caring.."

Macam2 ragam..besala bila masing2 ada fav program..masing2 nk tgk..masing2 rasa rugi kalau xdpt tgk..

Yang si suami dengan alasan nk rehat seharian keja..n si isteri plak letih gak.. "Igt awak sorg ke keja..?"


*cuba tutup bg dua2 xdpt tgk n pakat lawan tenung masing2...Bknkah itu lebih baik..

The Law of Attraction..!!

"Self-confidence is the no. 1 asset that separates GREAT athletes from the rest of pack.."
- Patrick Chon-


We are CHAMPION
WE believe in OURSELVES
We have the WILL to WIN
AND willing to pay the prices of SUCCESS
The FIELD is our SANCTUARY....


"the greatest weapon against stress is our ability to choose one thought over another.."
-William James-


"Action is the foundational key to all success.."
-Pablo Picasso-

Monday

Wanita Hebat.. - Nafisah Radin (Ernst & Young)




''Saya tahu kalau masih di jabatan kerajaan, segala idea dan perancangan akan tersekat kerana perlu melalui pelbagai tapisan dan juga protokol,'' 

Berasal dari Pulau Pinang dan menamatkan pengajian sekolah menengah di St. Georges, beliau merupakan antara anak Melayu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Nottingham University, United Kingdom dalam jurusan senibina dan environmental design. Sekembali dari UK pada 1985, beliau telah bekerja dengan JKR dan telah mendapat kepercayaan untuk membina pejabat kedutaan di Jepun dan Indonesia. Pendedahan dan pengalaman ini dijadikan sebagai batu loncatan untuk beliau pergi lebih jauh.

Sejak kecik beliau telah menetapkan IMPIAN untuk memiliki perniagaan sendiri..dan beliau yakin IMPIAN perlu disertakan dgn GERAK KERJA..Insyaallah semua akn jadi kenyataan..Untuk itu bagi mencapai matlamatnya beliau telah menyertai Persatuan Peniaga-Peniaga Wanita (PENIAGAWATI) dan bergaul dengan mereka yang berjaya seterusnya menjadikan mereka sebagai MENTOR..

Pada tahun 1992, wanita hebat ini telah mengambilkan langkah berani dengan berhenti dari JKR (satu perkerjaan yang org ramai xingin lepaskan kerana ada PENCEN) dan menyertai Veritas Architects sebuah syarikat ternama di Kuala Lumpur. Berkat KERJA KERAS...ILMU (Pengalaman) & KEINGGINAN yang kuat untuk mencapai IMPIAN, Nafisah Radin telah ditawarkan saham di dalam Veritas Architects dan diberi tugas untuk membuka cawangan di Pulau Pinang. Hebat wanita ini, tiada alasan untuk berjaya..maka beliau telah berkorban dan menyahut cabaran untuk berulang-alik dari Kuala Lumpur walaupun pada ketika itu beliau disahkan mengandung...

''Dua tiga minggu saya menangis tetapi dari situ saya mula bangkit dengan semangat dan bantuan daripada kalangan rakan perniagaan,'' katanya yang ketika itu perniagaan ini lebih dimonopoli oleh bangsa lain.

.HEBAT..HEBAT...PASTI BANGGA ANAK BELIAU..

Sekali lagi..langkah berani wanita hebat Penang  ini terbukti apabila beliau menjualkan kesemua sahamnya yang pada ketika itu sedang melonjak naik dan menubuhkan syarikatnya sendiri NR Interior Design. Bermula dengan hanya 10 orang bilangan pekerja, pengalaman yang ada di gunakan oleh Nafisah Radin untuk membesarkan rangkaian perniagaannya..

''Saya sedar walaupun saya berpengalaman dalam bidang arkitek tetapi kerana kelemahan dari aspek pengurusan maka perniagaan yang saya jalankan hampir lenyap begitu saja,'' katanya yang menitik beratkan ILMU penting dalam apa jua yang ingin kita lakukan..

Kini..Nafisah Radin berbangga apabila syarikatnya telah mendapat Entrepreneur Extraordinairè Award dari SME Corp. dan apa yang lebih dibanggakan anak sulungnya kini telah mewarisi perniagaan ibunya..

''Malah saya juga bersikap jujur ketika berurusan dengan pelanggan dan juga kalangan rakan niaga yang lain,''


Antara kejayaan dan ANUGERAH yang Puan Nafisah Radin miliki...:

MEMENANGI PERTANDINGAN REKA BENTUK BAGI KOMPLEKS SEKOLAH PINTAR DI PUTRAJAYA DAN KOMPLEKS HOTEL PUTRAJAYA IMPIANA.

PEMBINAAN KOMPLEKS ANAK-ANAK YATIM DI BANDAR ACHEH.

MENJADI PERUNDING UNTUK SYARIKAT ANTARABANGSA.


"Usahawan perlu bersedia dan belajar dari kesilapan orang lain...."

"Untuk berjaya kita memerlukan MENTOR yang dapat menjadi pendorong semangat.."

"Perlu rajin membaca dan menambah ilmu dalam pelbagai bidang, terutama membina perwatakkan yang POSITIVE.."




Putrajaya Impiana -mercu kejayaan Pn Nafisah dan rakyat Malaysia.





"Aspek penting dalam perniagaan adalah kerja berpasukan..Pasukan yang baus dapat memacu syarikat ke tahap cemerlang..."

Wednesday

kawan..kawan..kawan...


Mereka sentiasa ada..saat dan ketika hari bersejarah..Thankss Frens..

Dari dulu hebatnya semua..Mohd Dahlan, Lekuk, Mat Romli, dan kwn2 lain..


Baru lepas borak ngan member..Bukan baru kenai tp dh lama dr sekolah dulu..dah kenai family..macam adik bradik..Kalau dulu masa kecik2 main bola skali..main tuju kasut skali..main "toi"(galah pjg) pun skali..Asal main jaa sure nak satu gang..Siap pilih puak2 kami ja..kononnya sebab group kami hebat..sure kena dok satu gang..Baru boleh menang..

Dalam dok sembang..dok borak..terkeluar cita pasai biz......terkeluar soklan "nampak hang maju..!!" keh..keh..rezeki tue kan ALLAH yg bagi..kita usaha..kita wat..ALLAH janji sapa yang usaha dia akan dapat..cepat lambat bukan kuasa kita..Tp kita boleh minta..boleh doa..yang tentukan ALLAH..

"Aku besa ja..!!" budak baru nk up..tp nk wat apapun kena ada ILMU..kena ada MENTOR..kena ada JALAN..sekali melangkah jgn patah balik..dah ke depan jgn dok kalih tgk belakang..Nak kata maju besa ja..xkaya pun..sederhana ja..tp semangat dr MENTOR..ILMU yang ada boleh terangkan JALAN..Dari Kg.Makam ke Alor Setaq..trus ke UPM..singgah ke Bank Bayan Baru..kini di Akademi..
Jom kwn..Jom teman..Jom sahabat..

Jom sama2 kita bina kejayaan..
Sama2 kita wat..jadi gang mcm zaman dulu2..
Biar sama2 redah untuk capai IMPIAN..
Bukan nak pekena..atau suruh hang wat sorg2..
Dari kita berdua...kita kumpul bg jadi berempat..bg jadi berpuluh..
Sampai masa..gelaran "team kuat" mcm dulu2 pasti ada..
Kalau dulu kat sekolah team bola kita nama "AnakKu bayi2 Cergas"
Biar nama jadi bahan jenaka..tp kita johan thn 1999..
Celcom in Play pun kita p final wakil Penang thn 2003 kat KL..
Dah masuk keja lagi Power team kita..
Johan siap dapat RM20k masa main kat Langkawi 2008..
2009 dapat RM12k kat Kota Kinabalu..
Kalau bab persatuan xyah cita..Kitalaa persatuan terbaik kat sekolah 1999..
Bukan sebab aku pengerusi..tp sebab kita sama2 gerakkan persatuan..
Bkn sebab powernya aku..atau powernya hang..tp sebab team kita mmg POWER..
Semangat..Kemahuan dan Impian kita nk jadi JOHAN..
Tak salah kita bina kejayaan bersama..IMPIAN masing2..
Tapi MATLAMAT mungkin sama..
Bukan untuk team kita..tp utk TANGGUNGAN kita..
Untuk apa yang kita miliki..
Tinggalkan untuk WARIS yang akan kita tinggalkan..
Bukan selamanya kita menongkat langit..
BERILAH PELUANG UNTUK DIRI SENDIRI..

Alhamdulillah pintu rezeki yang ada ALLAH bukakan untuk semua..
Bukan untuk aku sorang..bukan plak untuk yang ada TUAH..
tp untuk sapa2 yang ada KEMAHUAN..sapa2 yang ada IMPIAN..
Jom..
Jom..Jom...

"Insyaallah Rezeki Allah Luas Untuk Kita Kongsi dan Teroka.."


Ini baru dikatakan seronok bersama...Seikat bagai lidi..Serumpun bagai serai...

Alhamdulillah semua dah berjaya..mana aku..??hhahha

Paling best..size suar 28-29..keh...keh..

semua kami BOLEH..!!asalkan bersama..baru KUAT..

Makan minum pun skali...Sukma 2000 Penang..

Dari 'zero' kamilah HERO... 1st in Malaysia beb..

Alhamdulillah Rezeki kini...

Sentiasa ada..sentiasa positive..

Insyaallah kita ramaikan lg kwan2...

Sunday

Plan..Strategi..rezeki


'Berkongsi peluang dan maeketing dengan sesiapa sahaja.."

Friday

Hidup Satu (1) Perjudian..!!???

Dari dalam kandungan..
sehingga keluar melihat dunia..
Dah diberi nama..hingga tunggu saat boleh merangkak..berjalan dan berlari..
Dari pendidikan tadika hingga ke sekolah rendah dan menengah..
Semuanya bukan atas pilihan kita..
Hanya yang terbaik saja boleh ibu dan ayah berikan..
dan Hanya berserah dengan Kuasa Yang Maha Esa..
Agar anak yang diberi nama..yang dimanjakan akan Berjaya...

Itulah frasa kehidupan pertama kita..buat yang terbaik atas pilihan bijak yang telah ditetapkan oleh Insan Hebat bergelar Ayah Ibu..

Kini pilihan ditangan kita..
Mereka hanya mendoakan dan menjadi tempat rujukan..
Tak pernah sorg ibu mendoakan kegagalan ankNya..
Tak pernah seorang ayah merotan jika anak mudanya gagal selepas mencuba..
Cuma mereka akan berkata..: ITULAH PENGALAMAN ANK KU..
KALAU DULU KAMI YANG MEMBUAT KEPUTUSAN UTK MU..
KINI KAU DAH DEWASA..CUMA PESAN KAMI.JGN SAMPAI LALAI DAN ALPA..

Pilihlah hidup mu..
Pilihlah kerna ia masa depan Mu..
Buatla yang terbaik kerna kelak ia untuk ank2 Mu..cucu2 kami..
Kami sentiasa mendoakan..
Andai kami zalim usah kau harap utk berkahwin ngan pilihanMu..
tapi kami pun kau ketepikan..
Tidak sesekali kami marah..malah kami masih mendoakan kebahgiaanMu..
Buatlah pilihanMu..
Buatlah yang terbaik untukMu..
Jadilah hidupMu sebagai perjudian..
Namun berlandaskan pengalaman dari kami..
Beramalkan tawakal dan doa kepadaNYA..

Hidup ini bukan sekadar perjudian..
Tapi hidup ini adalah lebih kepada mengambil peluang..
Andai tidak kau mengambil peluang atas pendidikan yang kami beri..
sudah pasti kau masih kami suapkan..
Mana mungkin boleh berlari dan mendaki semua impian yang kau inginkan..
Mana mungkin kau perjudikan hidupMu dengan insan yang baru kau kenal..
Jadi ambillah peluang seterusnya..
seperti mana kami mengambil peluang untuk membesarkan mu..
mengambil peluang untuk pastikan kamu akn terus berjaya..
Ambillah peluang apa yang ada..
Kerna kamu akan menjadi seperti kami nnt..
Bukan untuk dirimu.tp untuk cucu2 kami..
waris2 kami yang boleh kami banggakan..
Apa hak kami..??hanya sbg org tua yang inginkan kamu berjaya..
Apa tanggungjawab kami..?Berdoa akan engkau berjaya..


*untuk TENGKU MUHAMMAD AQIL HAFIY..ambillah peluang yang ada..atau kau akan masih tetap sama di sini..



Wednesday

Pudu..Oh Pudu..

Bus bertolak dr Penang pkul 0030..mcm besa..
Tak perlu guna ubat pelali..30mins bus bergerak automatik mata terpejam..
Hebat..sungguh hebat..letih yang amat sgt..


Tetiba sedar dah sampai Puduraya..cantik..canggih katanya..
Tapi bus xberenti Duta??or terpejam xsedar sampai terlepas..??
Mungkin tidak..!! sebab still ada 3-4 org dlm bus yg terpingga..!!
Dengan kasar "apa tggu lagi dh sampai.." kata Pilot..
so bermula dgn sesi perbalahan kononnya kalau nk turun Duta kena bgtau..sbb bus dh xmasuk Duta..mmg WTF coz beli ticket ke Hntian Duta..Nak xnk kena ambik cab RM20 plak trus ke Office (blakang Hentian Duta)
so si pemandu En Shukri dr Konsortium..lain kali ckp laa elok2..tau awk letih jd PILOT..



Puduraya berwajah baru..Lebih tersusun..Lebih selesa..!!!
Malaysia Boleh..!!!

Monday

Selamat Hari Guru..

13 tahun meninggalkan uniform sekolah..
byk kenangan 10 thn aku di sekolah..
dari Tadika Kemas Tandop Bt 3,
Sekolah Rendah kebangsaan Francis Light,
Sekolah Rendah Seksyen 24 Shah Alam,
kembali ke SRK Francis Light,
Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Permai,
Sokolah Menengah Raja Tun Uda,
Sekolah Menengah Tekni Alor Setar...

Trima Kasih Cikgu..Trima kasih mengajar tanpa jemu..mengasah bakat apa yang ada..terima kasih kerana mencorak segala apa yang dimiliki sekarang..Telah engkau tinggalkan 1 drp 3 perkara yang kekal untuk dihitung di Akhirat nnt..Ilmu berguna yang untuk orang lain..





Thursday

Kenyataan CDM Kamaruddin...

Susulan knyataan blog mentor hebat CDM Double K (kartini n Kamaruddin) (http://kartinimatyaakob.blogspot.com/Kena Lagi..!!

"ada lagi yg kena tipu.
pelaburan internet dgn pulangan 10% sebulan.
dah selalu kena. ada lagi yg kena. tak serik-serik. tak paham-paham.
mana logik pelaburan 10% setiap bulan. kalau setahun jadi 120% setahun.
wow! 
kalau betul kenapa KWSP tak melabur? kenapa Tabung Haji tak melabur?
kalau betul kenapa Perkeso tak melabur? kalau betul kenapa PNB tak melabur?
lagi besar dividen boleh bagi kepada pelaburnya..."
-CDM kartini-

Memang tak dinafikan terlalu byk skim pelaburan yang menjanjikan pelbagai keuntungan..masuk ja, 2 mnggu skali akan dapat keuntungan 4%..labur jaa bln2 dpt 5%..kononnya bsar dr ASB..untung dr unit trust..kenapa..?pikirkanlaaa..sbb mentality org kita mmg nk kaya..mmg nk senang..sapa xmau kaya..sama nk tggu gaji tiap2 ujung bln..!!so bila dgr ada pelaburan..xyah jual brg..xyah piki psai biz..smua pakat ramai2 masuk..yang ada dlm simpanan pun abis dikorek..mmg dahsyat..kesudahannya dptlaa 2-3 bln..lpas tuee..menyumpah..mula laa pinjam plak kat abg Long..sapa yg susah..diri sndiri..org bank pun susah gak..sampai kena blacklist..sampai surat insolvensi isytihar bankrup..

Alhamdulillah bkn nk wat bijak..pengalaman 5thn di bank..(dirahsiakan) mana ada plaburan yg ble bg 10% sebulan..Compony yg bsar invest RM12M pun cuma dpt interest 2.28% dlm STMMD (short term money market)..bg diaorg sikit pun xpa..janji ble wat pusingan..Inikan pula cuma masuk 10K nk dpt 4%, nk dpt 10%..berfikirlah secara logik akal..akal anugerah ALLAH yg memuliakan manusia sbg khalifah..Sebenarnya xda pelaburan yang keuntungan akn dibagi secara tetap..!!bohong belaka..PNB sendiri xle nk tetapkan dividen tahunan..niekan pula Skim Pelaburan Hj Mamat..atau Ah Tiang Money Maker..blum lg Khutusami Main Kutu..bohong..dan bohong belaka..bila sebut plak pasai unit trust..ternyata mmg keuntungannya ble sampai 30-40% tp bkn dlm pulangan wang..dalam kiraan unit...kalau masuk 1000unit..maka dptlaa bonus 300 unit tp kalau market tgh turun dapat 100% pun xle nk wat duit..cuma unit trust adalah pelaburan selamat yang diiktiraf oleh BNM..melalui saluran yang btoi..xda laa isu AMLA..

Insyaallah..Nabi kata 9/10 punca rezeki dari perniagaan bkn dr pelaburan..tp dari niaga..dh untung watlaa pelaburan..tp pelaburan yang selamat..Baru hebat..wat niaga untung RM100 ble masuk asb..kalau tiap2 bln niaga stahun dh ble RM1000..kan bijak namanya..

Alhamdulillah sekadar perkongsiaan..masih mentah..masih byk ilmu perlu dicari..Insyaallah Rezeki ALLAH Luas untuk Kita KONGSI dan TEROKA...

Memang Rancak

   

Pilihan sorang sahabat..Impiannya...Insyaallah..


Amin..moga plat 181 terpampang milik sahabat aku..!!!



WowoWowoOoO...!!bukan sahabat lagi dh..sure impian aku sama..


Comeii...sure hi-maintenance..!!!jenuh kena letak handbag LV sebelah..
Moga tercapai sis..


Insyaallah..keta 181 akan kuar..doakan rezeki ALLAH untuk para sahabat2...tp keta apa..???





 sempoiiii...!!!dalam luas gak...tp keta apa..JoRaLaaa...
Insyaallah AmiNNNnnnNN...!!




Wednesday

The Law of Attraction..!!



We are spiritual being...
we are energy, and energy cannot be created or destroyed..
~it just changes form~

Therefore, the pure essence of us has always been and always will be

The Secret


To attract money, focus on wealth..
its imposible to bring money into ur life if you focus on the lack of it..

Rezeki ALLAH luas untuk kita kongsi..

Tetiba tgh kemas rumah ternampak paper nie..dh nk genap setahun dh, tp statement yg menarik dan fakta yang mungkin menyedarkan smua org termasuk aku..Dalam masa org "govt" paling senang wat loan masih ada jgak dikalangan kita yang sanggup pinjam pada along..!!hebat..!!perjalanan hidup yang pasti penuh dgn semangat juang yang tinggi..(sbb berani pinjam along)

Mengapa ini berlaku..?mudah..skim pinjaman along adalah yang mudah dan paling byk ada masa kini...just bawa kad bank/payslip/ic..bermodalkan air liur n poster merata-rata senang untuk nk hubungi untuk meminjam..Manusia kalau dh ada benda yang senang dia ble dpt, tnpa piki pjg,tanpa selidik pasti on jer...last mkn diri..nyusah kluarga...


So, nielaa lumrah..kita dh mnjadi hamba kepada "wang"..yang lagi teruk si kaya mengambil kesempatan ke atas org yg memerlukan..Bkn dunia nie xadil..tp adililaaa kita sbg khalifah sebaiknya..kita sebenarnya yang mencorakkan masa depan kita..masa depan ank2 kita..Pinjamlaa byk mna skali pun..bak kata CDM Fitri wang niee berantu..makin bayk ada makin susah jadinya kalu xkena gaya..Ingat ALLAH ada untuk kita minta..tp bknlaa minta tanpa wat apa2..So kalau dh ada beringat..jgn sampai trus xda..dari sikit kita janakan biar byk..bila dh byk ble kita kongsi sama rata..Rezeki ALLAH luas untuk kita kongsi bersama...Insyaallah..

Tuesday

Kawan Susah SenanG..

Last jumpa time kwn aku nie kenduri kawin..lama rasanya..ntah2 dekat 2 thn..Satu sekolah..satu UiTM..susah senang skali..Alhmdulillah kalau sebelum nie asyik dok Fb n call ja, nw dh jumpa..tetap sama..tetap maintain..still kdg2 menyon..(bahasa Daerah Pendang)..

Sama ja Shadidun Bahar memang xubah..minat niaga..dulu,kini selamanya..walaupun xsempat nk rasa "burger special" Seksyen 28 Shah Alam (sebelah KFC) tp memamg style..burger utara..burger Pendang..kan baguih niaga..9/10 punca rezeki yang mmg dh nyata..Insyaallah pasti terbuka luas pintu rezeki asalkan kita usaha..asalkan ada kemahuan..


Steady fren..pasni makin murah rezeki..tambah ahli keluarga..Insyaallah..

Monday

Ilmu..Ilmu..

Ilmu tentang kesihatan..
dahsyat..memang ramai..yang muda..yang tua..mak long..mak ngah..smua ada..
smua org tahu kesihatan penting..semua tahu xkira tua @ muda..

Memang xrugi..sedikit pelaburan dr kocek RM10 ilmu yang diperolehi lebih dr segalanya..
Adat manusia..terasa rugi bila nk kuarkan wang kocek..xnafikan mcm2 ble wat ngan RM10 tue..tp bolehkah wang membeli kesihatan..?bolehkah wang membeli kebahgiaan suami/isteri..?atau dengan kata bijak bolehkah RM10 kita gunakan untuk menambah ilmu tentang kesihatan..?

Taniah kepada mereka yang sanggup..Ilmu faktor utama kepada segalanya dalam hidup kita..mana mungkin si pencuri tertangkap kalau ilmu merompaknya penuh..mana mungkin student2 gagal kalau rajin pegi ke class utk menuntut ilmu..dr kecil kita dh mula blajar..bergolek..meniarap..merangkak..berjalan..berckp..dan belajarlahh kerana ilmu xkan pernah abis utk kita teroka..

Untuk apa kita menafikannya..Nabi junjungan kita S.A.W sndiri menerima wahyu pertama "Bacalah..Bacalah..Bacalah..!!"

Ilmu dh ada..truskan beramal..gunakan ilmu kerana hanya insan yang berjaya akan menggunakan ilmunya dengan btul..Insyaallah..

Sunday

Selamat Hari Ibu..

KasihNya Ibu membawa ke Syurga..Membesar..Mendidik..Menjaga..Tiada yang dapat dibalas dengan pemberian di atas dunia..Besar pengorbananMu wahai Ibu..Mama..Mak..Umi..Hanya ALLAH dapat membalas segalanya..



Friday

MALAYSIA ku tercinta

Mereka punya hati yang kental..tinggalkan keluarga..tinggalkan yang tersyg demi mencari sesuap nasi..Berniaga di negara orang.. Mencari rezeki halal untuk dihantar pulang..Berbaloikah..?Sesuap yang dicari semangkuk yang diperolehi..Bagaimana..?Asal mahu PASTI BOLEH..!!
Buang malu,buang selesa..Gantikan MAHU..Gantikan PERLU..

Untuk siapa..??Besar pengorbanan mereka..abis disapu apa yg ada..Bumi MALAYSIA punya segala..nak seriba daya..xhendak seribu cara..Kalau semua dh dikebas apa yg tinggal untuk anak bangsa..??Abis semua dijajah..Tp kita masih boleh ketawa..!!Dari tiada terus papa..Abis tergadai semua benda...yang tinggal hanyalah nama..kononnya MALAYSIA NEGARA TERCINTA..!!!

Anak kecil main api..
Terbakar hatinya yang sepi..
Air mata darah bercampur keringat BUMI dipijak milik orang..

Nenek moyang kaya raya..
Tergadai seluruh harta benda..
Akibat sengketa sesamalah kita..
Cinta lenyap di arus zaman..





Thursday

PerJalaNan 1000 batu BERMULA dengan 1 Langkah

Perjalanan 1000 batu bermula dgn 1 langkah..!!!
Bagaimana..?? satu langkah yang perlu kita berikan
kepada diri sendiri..Mengambil peluang untuk mencipta satu PERMULAAN yang pasti menuju segala IMPIAN yang diinginkan...
                                      


 Ilmu..untuk kita terus BERJAYA..Aku masih mencari ILMU..,masih baru..masih mentah..!!tapi jangan sekali mengalah dengan KEGAGALAN..!! kerana KEGAGALAN bukan diciptakan untuk kita namun KITA yang MENCIPTA KEGAGALAN..!!



Mentor..GUru..Pembimbing..Untuk Berjaya, BelajarLAH dari yang telah BERJAYA..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...