Tel / sms ~ 0.1.9.4.4.5.4.6.4.6

Monday

Wanita Hebat.. - Nafisah Radin (Ernst & Young)




''Saya tahu kalau masih di jabatan kerajaan, segala idea dan perancangan akan tersekat kerana perlu melalui pelbagai tapisan dan juga protokol,'' 

Berasal dari Pulau Pinang dan menamatkan pengajian sekolah menengah di St. Georges, beliau merupakan antara anak Melayu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Nottingham University, United Kingdom dalam jurusan senibina dan environmental design. Sekembali dari UK pada 1985, beliau telah bekerja dengan JKR dan telah mendapat kepercayaan untuk membina pejabat kedutaan di Jepun dan Indonesia. Pendedahan dan pengalaman ini dijadikan sebagai batu loncatan untuk beliau pergi lebih jauh.

Sejak kecik beliau telah menetapkan IMPIAN untuk memiliki perniagaan sendiri..dan beliau yakin IMPIAN perlu disertakan dgn GERAK KERJA..Insyaallah semua akn jadi kenyataan..Untuk itu bagi mencapai matlamatnya beliau telah menyertai Persatuan Peniaga-Peniaga Wanita (PENIAGAWATI) dan bergaul dengan mereka yang berjaya seterusnya menjadikan mereka sebagai MENTOR..

Pada tahun 1992, wanita hebat ini telah mengambilkan langkah berani dengan berhenti dari JKR (satu perkerjaan yang org ramai xingin lepaskan kerana ada PENCEN) dan menyertai Veritas Architects sebuah syarikat ternama di Kuala Lumpur. Berkat KERJA KERAS...ILMU (Pengalaman) & KEINGGINAN yang kuat untuk mencapai IMPIAN, Nafisah Radin telah ditawarkan saham di dalam Veritas Architects dan diberi tugas untuk membuka cawangan di Pulau Pinang. Hebat wanita ini, tiada alasan untuk berjaya..maka beliau telah berkorban dan menyahut cabaran untuk berulang-alik dari Kuala Lumpur walaupun pada ketika itu beliau disahkan mengandung...

''Dua tiga minggu saya menangis tetapi dari situ saya mula bangkit dengan semangat dan bantuan daripada kalangan rakan perniagaan,'' katanya yang ketika itu perniagaan ini lebih dimonopoli oleh bangsa lain.

.HEBAT..HEBAT...PASTI BANGGA ANAK BELIAU..

Sekali lagi..langkah berani wanita hebat Penang  ini terbukti apabila beliau menjualkan kesemua sahamnya yang pada ketika itu sedang melonjak naik dan menubuhkan syarikatnya sendiri NR Interior Design. Bermula dengan hanya 10 orang bilangan pekerja, pengalaman yang ada di gunakan oleh Nafisah Radin untuk membesarkan rangkaian perniagaannya..

''Saya sedar walaupun saya berpengalaman dalam bidang arkitek tetapi kerana kelemahan dari aspek pengurusan maka perniagaan yang saya jalankan hampir lenyap begitu saja,'' katanya yang menitik beratkan ILMU penting dalam apa jua yang ingin kita lakukan..

Kini..Nafisah Radin berbangga apabila syarikatnya telah mendapat Entrepreneur Extraordinairè Award dari SME Corp. dan apa yang lebih dibanggakan anak sulungnya kini telah mewarisi perniagaan ibunya..

''Malah saya juga bersikap jujur ketika berurusan dengan pelanggan dan juga kalangan rakan niaga yang lain,''


Antara kejayaan dan ANUGERAH yang Puan Nafisah Radin miliki...:

MEMENANGI PERTANDINGAN REKA BENTUK BAGI KOMPLEKS SEKOLAH PINTAR DI PUTRAJAYA DAN KOMPLEKS HOTEL PUTRAJAYA IMPIANA.

PEMBINAAN KOMPLEKS ANAK-ANAK YATIM DI BANDAR ACHEH.

MENJADI PERUNDING UNTUK SYARIKAT ANTARABANGSA.


"Usahawan perlu bersedia dan belajar dari kesilapan orang lain...."

"Untuk berjaya kita memerlukan MENTOR yang dapat menjadi pendorong semangat.."

"Perlu rajin membaca dan menambah ilmu dalam pelbagai bidang, terutama membina perwatakkan yang POSITIVE.."




Putrajaya Impiana -mercu kejayaan Pn Nafisah dan rakyat Malaysia.





"Aspek penting dalam perniagaan adalah kerja berpasukan..Pasukan yang baus dapat memacu syarikat ke tahap cemerlang..."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...