Tel / sms ~ 0.1.9.4.4.5.4.6.4.6

Monday

Sungguh HeBat




Nama : Mokhtar Dahari

Tarikh Lahir : 13 November 1953

T/Lahir : Setapak , Kuala Lumpur

Insan hebat ini benar-benar tiada pengganti..Sebut saja namanya dr yang kecil hingga ke dewasa pasti pernah mendengar nama ini..."Supermokh" terkenal dgn sepakan deras sambil berlari dan bijak meloloskan diri untuk masuk ke kawasan lawan..Segalanya bermula dengan hadiah sepasang kasut but bola yang dihadiahkan Pak Dahari selepas menduduki Peperiksaan LCE 1968.

Mula bermain secara serious ketika zaman sekolahnya di Victoria Institution arwah Mokhtar terus dijulang untuk bersama pasukan remaja Selangor dan seterusnya menjadi tonggak utama skuad Selangor...Namanya digeruni di seluruh Asia Tenggara..Asia..Malah pasukan kelab eropah juga telah mengenalinya..Penampilan bersama pasukan Harimau Malaya di kejohanan Pestabola Merdeka..Supermokh telah menjaringkan 125gol sepanjang 167kali bersama pasukan negara..Jaringannya ketika bertemu pasukan England yang ketika itu dibimbing oleh Sir Bobby Robson telah meletakkan Malaysia antara pasukan digeruni di Asia...

Bakat semulajadi yang dimiliki arwah Mokhtar menjadikan beliau insan terhebat dalam dunia sukan tanah air..Disiplin dan latihan berterusan menjadikan beliau antara pemain yang dihormati di atas padang..

"Supermokh insan terbilang yang hebat mengharumkan nama negara...anugerah tuhan atas bakat yang dimiliki..namun tak jemu untuk terus turun ke padang membuat latihan..Latihan yang berterusan menjaminkan kejayaan yang berkekalan.."

Al- Fatihah...13 November 1953 - 11 Julai 1991


1974 : Mencipta gol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila menjaringkan lima gol ketika menentang Filipina di Sukan Asia.

1975: Mewakili negara menentang Arsebal. Malaysia menang 2-0. Mokhtar menjaringkan kedua-dua gol itu.

1976: Mendapat kaps Malaysia ke-100 ketika menentang Jepun di Pestabola Merdeka.

1982: Mengetuai Pilihan Selangor menentang Boca Juniors yang diketuai Diego Maradonna

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...