Tel / sms ~ 0.1.9.4.4.5.4.6.4.6

Wednesday

Al-Fatihah Sahabat


Al-Fatihah

12 January 1984 - 01 June 2011

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:

”Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? 
Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”
Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”.
 Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.”


(at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)




Kehilangan yang dirasai..pergiMu untuk selamanya..walau baru mengenali tp kau insan HEBAT yang penuh dgn IMPIAN dan MATLAMAT..
Persahabatan singkat yang penuh bermakna..kau insan terbilang yang tak pernah tahu erti MARAH..tak pernah tahu erti SUSAH...
Begitu besar pengorbananMu pada anak bangsa..menjadi pendidik dan tempat anak2 muda berkongsi cita2..
Menjadi tempat utk rakan kongsi mencari jalan untuk berjaya..

Al-Fatihah 

SaudaraKu Kunaini Bohri..
Pertemuan yang terlalu singkat..
Pertemuan yang tak pernah disangka..
Pertemuan yang membuka MINDA kenapa kau boleh dan tidak aku..!!
Pertemuan yg semestinya mengajar aku utk mengenali Insan Biasa yg punya IMPIAN besar yang luar biasa..

Al-Fatihah..

SaudaraKu Kunaini Bohri
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
Kehadiran sahabat yang tak dirancang..
dan Kehilangan Mu xpernah diduga..
Walau semalam baru kita berbual..
Gembira untuk menjemput ku di Airport MIRI 08hb July..
kini kau pergi buat selamanya...

Ya ALLAH...
kau ampunila dosa Ku..
dosa Arwah Kunaini Bohri...
Kau tempatlah beliau di tempat org yang kau janjikan jln petunjuk..
Tempat yang hampir dengan kekasihmu..
Permudahkanlah segala urusanNya ketika sahabatKu di tidurkan seketika
Sebelum dibangkitkan di hari PERHITUNGAN

Ya Allah..
saudaraku ini terlalu byk kebaikan yg dia tinggalkan..
ilmu yang bermanafaat untuk dikongsi..
kau hitunglah Ya Allah..
saudaraku ini merupakan ank yg soleh Ya Allah..
yg sentiasa patuh dan taat kpd perintah ibunya...
sahabatku ini sentiasa menyenangi rakan2Nya Ya Allah..


Ya Allah..
Sesungguhnya hidup dan mati itu adalah rahsiaMu..
kau tinggalkanlah semangat saudara Ku ini..
untuk kami kenang dan jadikan inspirasi kepada ank2 muda..
permudahkanlah Ya Allah..Permudahkanlah..




 
Arwah bersama Tuan Hj Hanim                                                         Bersama barisan Mentor
           -pakar motivasi-
 
 Hasil titik peluh arwah bersama AT181

Hadith al-Bukhaari (no:4627) dibawah ini menceritakan bahawa “kematian seseorang itu”
 adalah Rahsia Allah swt :
عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( مفاتح الغيب خمس :
( إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِى الأرْحَامِ وَمَا تَدْرِى نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَداً وَمَا تَدْرِى نَفْسٌ بِأَىّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلَيمٌ خَبِيرٌ )
Dari Abdullah ibn Umar r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda :
Kunci lima yang ghaib/rahsia adalah : Sesungguhnya Allah mempunyai pengetahun mengenai waktu Kiamat, dia yang menghantarkan hujan, dia mengetahui apa yang didalam rahim [wanita], tiada siapa tahu apakan nasibnya esok, dan tiada siapa tahu dibumi mana ia akan mati” -




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...